WELL COME

Search This Blog

QHASTERLANEY

UNTUK AKU, ENGKAU DAN MEREKA YANG BERMINAT.Apa yang tercatat disini adalah pengalaman aku untuk di kongsi bersama mereka yang berminat. Aku menyerankan kepada kau orang untuk meruju kepada mereka yang lebih mahir(LAE) dalam bidang ini. Ini cuma bahan rujukan dan panduan saja. Aku tak bertanggung jawap diatas penggunaan bahan ini yang mungkin terarah berlakunya kesilapan.

Sunday, December 13, 2009

MEMERIKSA TEKANAN TAYAR.C208 (Chapter 12-13-01 page 302)

1. Pemeriksaan tekanan tayar hendaklah dibuat ketika tayar dalam keadaan sejuk(Tire is cold)sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam selepas penerbangan.

2. Hendaklah menggunakan gauge yang sesuai dan telah di kalibrasi. Pemeriksaan tekanan tayar hendaklah di buat sebelum sesuatu penerbangan berlaku.

TUJUAN

Untuk memastikan tekanan pada setiap tayar mempunyai bacaan yang betul seperti yang dinyatakan di dalam maintenance manual pesawat tersebut.

APAKAH KEPENTINGANNYA.

Tekanan tayar yang kurang akan mengakibatkan
• Kehausan Bunga yang tidak sama(uneven tread wear)
• Memendekkan jangka hayat tayar( shorten tire life)
• Geseran yang mengakibatkan terbentuk haba berlebihan (Excessive flex heat)

APA YANG PERLU DI PERHATIKAN JUGA SEMASA MEMERIKSA TEKANAN TAYAR.

Semasa pemeriksaan beberapa perkara perlu juga di perhatikan sebagai langkah awal bagi mengesan kerosakan pada tayar atau tyre assy itu sendiri. Antaranya :
• Perhatikan kehausan tayar(Tire for wear)

• Kesan-kesan torehan/potongan(cuts)

• Kesan-kesan berbekas(bruises)

• Dan pada masa yang sama buang kesan –kesan minyak, grease atau lumpur menggunakan sabun dan air.

• Perhatikan juga jika ada kebocoran pada system brake.

TEKANAN TAYAR DAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL

1.Tekanan kurang 95 peratus dari tekanan sepatutnya.(Specified Service Pressure)-SSP
Isi semula tekanan ke tekanan yang sepatutnya.

2.Tekanan kurang 85 – 95 peratus daripada tekanan sepatutnya.
(SSP)
i) Isi semula tekanan dan rekod dalam log Book.

ii) Jika tekanan kurang 5 % daripada service pressure dan ianya berlaku dalam tempoh 24 jam, remove tayar dan cari puncanya.

3.Tekanan 85 peratus kebawah. Remove tayar daripada kapal terbang dan service.
-BACA Note

Note-( MANA-MANA TAYAR YANG DITANGGALKAN ATAS ALASAN TEKANAN TAYAR RENDAH( Low inflation Pressure) HENDAKLAH DI PERIKSA BAGI MEMASTIKAN KEKURANGAN TEKANAN BUKAN DI SEBABKAN PENGURANGAN DARI DALAM SECARA PERLAHAN OLEH CASING (the casing is not sustained internal degradation) .JIKA BERLAKU, TAYAR HENDAKLAH DI GANTI) .

LAIN-LAIN PEMERHATIAN PADA TAYAR

1. Pemasangan tayar bertiub – Tayar yang mempunyai tiub dan baru saja di pasang semula (reassemble) hendaklah di pantau secara dekat pada minggu pertama tayar ini di gunakan. Jika boleh setiap kali penerbangan. Udara yang terperangkap di antara tayar dan tiub semasa pemasangan akan menyusup keluar melalui ‘beard’ tayar dan keluar melalui ‘side wall vent’ atau ‘valve stem’ ini menyebabkan tekanan pada tayar akan kurang.

2. Tayar Meregang(tire stretch) – Pada peringkat awal tayar yang meregang (stretch) atau membesar (growth) akan menghasilkan penurunan tekanan selepas pemasangan (reassemble) . Sebaiknya tayar yang baru di pasang (reassemble) tidak terus digunakan .Tayar hendaklah dibiar selama 12 jam dahulu dan dipantau tekana tayar dari masa kesemasa sebelum digunakan pada pesawat.

No comments:

Post a Comment

Jika ada idea baru tolong beri cadangan