WELL COME

Search This Blog

QHASTERLANEY

UNTUK AKU, ENGKAU DAN MEREKA YANG BERMINAT.Apa yang tercatat disini adalah pengalaman aku untuk di kongsi bersama mereka yang berminat. Aku menyerankan kepada kau orang untuk meruju kepada mereka yang lebih mahir(LAE) dalam bidang ini. Ini cuma bahan rujukan dan panduan saja. Aku tak bertanggung jawap diatas penggunaan bahan ini yang mungkin terarah berlakunya kesilapan.

Thursday, December 24, 2009

SISTEM CABLE PESAWAT (Jeppesen Airfreme Text Book)

1. Kabel kawalan pesawat(Aircraft control cable) di perbuat daripada dua jenis besi iaitu besi tahan karat(corrosion resistant steel dan besi karbon(carbon steel).

2. Cable yang di perbuat dari besi tahan karat ini mempunyai nilai tinggi dan mahal tetapi sedikit rendah dari segi kekuatan. Cable jenis ini mempunyai jangka hayat yang panjang dan sesuai untuk pesawat yang direka untuk menerima keadaan seperti itu.( contoh :- Agricultural aircraft/seaplanes).

BENAAN CABLE PESAWAT.

1. Terdapat tiga jenis steel cable yang digunakan pada aircraft control cable iaitu :-

· Nonflexible

· Flexible

· Extra-flexible.

2. Nonflexible cable - terdapat dalam bentuk 1 x 7 atau 1x 19. Rekaan(1 x 7 ) ini bermaksud 7 cable yang di pintal /disatukan menjadi satu atau (1 x 19) bermaksud 19 cable yang di pintal/disatukan menjadi satu. Cable jenis ini digunakan untuk satu perjalanan cable yang lurus dimana cable tidak melalui mana-mana pulleys.

3. Flexible cable – terdapat dalam bentuk 7 x 7. Rekaan ini bermaksud 7 cable yang di simpul menjadi satu dan di satu bersama 7 simpulan cable yang lain, untuk membentuk satu kumpulan yang besar. Digunakan apabila cable melalui perjalanan yang lurus atau melalui pulley yang bersaiz besar.

4. Extra-flexible cable – terdapat dalam bentuk 7 x 19. Rekaan ini bermaksud 19 cable yang di simpul menjadi satu dan di satu bersama 7 simpulan cable yang lain, untuk di pintal membentuk satu kumpulan cable yang besar. Digunakan semasa keadaan dimana cable perlu menukar arah perjalanan dan melalui pulley yang bersaiz kecil. Cable perlu dipintalkan bagi mengelakan cable spring out apabila terpotong.Cable

5. Terdapat beberapa saiz diameter cable yang biasa di gunakan pada pesawat . Antaranya contoh 7 x 19 (1/4, 3/16, 5/32, 1/8, ) 7x7 ( 3/32, 1/16 )

No comments:

Post a Comment

Jika ada idea baru tolong beri cadangan